Kedudukan Geografi Lok_Kawi

Terletak di sekitar sempadan daerah Penampang dan Papar, kira-kira 15 kilometer di selatan ibu negeri Kota Kinabalu, ia telah menjadi sebahagian daripada bandar Kota Kinabalu. Ia juga mempunyai salah satu kuil daripada beberapa kuil Hindu di Kota Kinabalu, iaitu Kuil Sri Subramaniyar. Asalnya sebuah perkampungan kecil, Lok Kawi kini mempunyai sebuah estet kecil perindustrian serta pembangunan kediaman moden. Di sini juga terletaknya Kem Tentera darat markas 5 briged Lok Kawi dan Lok Kawi Wildlife Park. Bandar-bandar berhampiran termasuk Putatan di utara, dan Kinarut di selatan.